Kami menyediakan perkhidmatan membuat tube well atau tebuk air tanah.
APAKAH TUBE WELL?
Tube well adalah paip berbentuk seperti telaga kecil yang ditebuk menggunakan air berkelajuan tinggi, kedalam tanah. Kebiasaannya kedalaman tube well adalah dalam lingkungan 20kaki di kawasan landai. Setelah paip mencapai kedalaman yang sesuai, ia kemudian digantikan dengan paip penyedut (suction pipe) yang disambungkan dengan enjin atau motor elektrik yang akan menyedut air tanah dan disalurkan ke paip paip.
Kebiasaannya, rumah kediaman menggunakan motor elektrik dan dilengkapi dengan automatic pressure switch. Atau dengan kata lainnya, apabila air tidak digunakan, motor akan mati dengan sendirinya dan apabila paip air dibuka, motor akan berfungsi dengan automatik.
Untuk kegunaan industri seperti pertanian, perladangan dan penternakan, kebiasaannya enjin diesel atau petrol digunakan kerana ketiadaan punca elektrik. Air yang disedut juga lebih kuat dan laju.
Dengan adanya sistem tubewell, pelanggan tidak perlu risau dengan musim kemarau yang melanda. Walaupun air kolam kering, tetapi inshaAllah, air tidak akan putus.
Dikawasan berbukit potensi untuk mendapatkan air lebih rumit kerana kedudukan mataair tidak sekata.
No comments:
Post a Comment